Posts

Ketika

ketika kesalahan, kesilapan dan aib menghalang langkah jadikan istighfar teman paling akrab letakkan segala takut dan harap hanya pada Dia mohon semua diampunkan ditukar menjadi kebaikan kebaikan moga hidayah dan taufik terus mengiringi langkah

Lepaskan

Lepaskan meskipun berat Kerana jiwa manusia tidak mampu menanggung yang samar samar Hitam jelas hitamnya Putih jelas putihnya Biar jiwa terlatih Dengan hal hal yang berat Yang tidak disukai oleh nafsu Serta musuh yang nyata Selagi tidak kaulepaskan Kau takkan ke mana mana Tetap di takuk lama Lepaskan Lalu pejamkan mata Pujuk dan belailah jiwa Sungguh, kau ada Dia Bukan munafik namanya Selama kau masih berusaha

jangan

Allah menguji di titik kelemahan kita diuji lagi dan lagi dan lagi ya, pada titik kelemahan yang sama hingga akhirnya kita mengatasinya dengan izin dan rahmatNya dan setelah itu, diberi ujian dalam bentuk yang baru tanpa henti. tanpa rehat. sampai bila? sampai mati. semoga kita sentiasa dalam jagaan Allah. semoga ketika bertemu Dia, kita dalam keadaan yang terbaik, sebatas kemampuan kita. justeru, jangan sesekali berputus asa dalam bertaubat dan membaiki diri. mohon sungguh sungguh pada Dia. jangan biar kita putus asa.

TRIBUTE TO THE HEROES

Wan Mohamed bin Wan Abu Samah 11 February 1957 – 29 April 1998 Wan Mohd Khairi bin Wan Mohamed 1 July 1983 – 30 November 2012 ………… “Ummi, ni siapa?”, Aisyah showed the picture which I’d posted few days ago, specifically referring to the man besides me. “Ni lah Pak Long Aisyah.” Muka Aisyah berkerut. “Aisyah kan ada Abah. Kak Alia pun ada abah. Ni la abah kak Alia. Tapi kak Alia tak panggil Abah, kak Alia panggil Papa.” “Dia kat mana? Tak jumpa pun”. Umur 4 tahun, memang umur yang banyak bertanya. Terdiam kejap, fikir camane nak jawab. “Memang Aisyah tak pernah jumpa. Pak Long dah meninggal dunia, masa tu Aisyah dalam perut ummi lagi.” Aisyah hanya mengangguk, faham barangkali. Aliff sengih-sengih je.Dia macam, whateverlah ummi haha. Pernah bedtime story dengan anak-anak, cerita kisah Rasulullah, tak tau kenapa part yang Aisyah paling ingat, part ayah dan ibu nabi SAW meninggal dunia. Ummi duk menyelit juga, cakap kat dia, kalau satu hari ummi abah ...

Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka!

Image
Islam agama keluarga sebagaimana Kami telah tegaskan di dalam surah at-Talaq, kerana itu Islam menetapkan tanggungjawab di atas setiap orang Mu’min terhadap keluarganya dan menetapkan kewajipannya terhadap rumahtangganya. Rumahtangga seorang Muslim merupakan inti atau pusat kelompok Muslimin. Ia merupakan satu sel yang membentuk bersama sel-sel yang lain. Satu jisim yang hidup iaitu masyarakat Islam. Rumahtangga seorang Muslim merupakan sebuah kubu dari kubu-kubu ‘aqidah Islam. Kerana itu kubu ini pastilah kukuh dan teguh dari Islam. Setiap orang dari anggota keluarganya harus berdiri mengawal setiap lubang kubu supaya kubu itu tidak mudah diserang musuh. Kewajipan setiap Mu’min ialah mula-mulanya menghalakan dakwah kepada rumahtangganya dan keluarganya. Dia berkewajipan mengamankan kubu itu dari dalam dan berkewajipan menutupkan segala lubang-lubang kubu sebelum dia meninggalkan kubu itu untuk membawa dakwah ke tempat-tempat yang jauh. Tugas itu juga pasti dipikulkan oleh...

16 Disember 2014 : Janji yang pasti..

Image
Bismillah. Sangat-sangat banyak yang hendak ditulis, tapi entah.. tapi segalanya tentang kematian yang menyapa kematian - tazkirah yang tak akan pernah gagal untuk mengingatkan kita bahawa dunia ini hanya sementara. yang kekal adalah akhirat sana. tazkirah yang memang takkan pernah gagal, melainkan hati kita yang telah mati, kosong dari iman. nauzubillah. uniknya. Allah menyapa dengan pelbagai episod kematian. pelbagai usia.  pelbagai cara. tapi kebanyakannya adalah kematian yang tidak diduga. berbekallah dengan sebaik-baik bekal untuk kita bawa berjumpa dengan Allah. kematian adalah suatu JANJI YANG PASTI. to the heroes of our life.. Allahummaghfirlahu  Warhamhu Wa'afihi Wa'fu'anhu Allahyarham Wan Mohamed bin Abu Samah Allahyarham Wan Mohd Khairi bin Wan Mohamed Allahyarham Aliff Azharahim bin Ibrahim selamat malam semua.

22 Oktober 2010 : Jika anda bertanya kepada saya..

Agama ini dinamai Islam bukan kerana merujuk pada individu tertentu. Bukan juga kepada bangsa tertentu. Tidak juga kepada mana-mana tempat mahupun masa. Bebas daripada sebarang unsur tertentu. Agama ini dinamai Islam, menunjukkan sifat khas yang dikandung oleh makna “Islam” itu sendiri. Siapa saja yang bersifat sesuai dengan sifat “Islam” itu, maka dia adalah muslim. Persoalannya, apakah itu “Islam”? Makna perkataan “Islam” adalah tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangannya tanpa bantahan. Dinamai agama ini Islam kerana ia mengajarkan  kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah. Hakikatnya, segala yang wujud di alam ini tidak terlepas daripada undang-undang Allah. Matahari, bulan, planet-planet beredar mengikut orbit masing-masing sepertimana yang telah digariskan oleh Allah. Maka, matahari itu muslim. Bulan itu muslim. Planet-planet itu juga muslim. Begitu juga pokok-pokok yang tumbuh apabila disirami air, dibekali dengan baja....