Posts

Showing posts from 2008

Rintihan

Biar berlinangan airmata Ku takkan hentikannya Biarkan ia menyembuh luka Hilanglah rasa duka Tidak ku termampu merentasi liku-liku Sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu Sungguh ku tak upaya Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan Bisa meleraikan iman Kan hancur semuanya Walaupun menitis airmata darah Tak bisa merubah segalanya Melainkan taubat nasuha Moga kan diterima Namun ku percaya Masih ada kesudahannya Kerana Allah itu Maha Kaya Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya Kerana sesiapa bertaqwa kepadaNya Pasti akan ada jalan keluarnya Rezeki yang tidak disangka-sangka Cukup Allah baginya Berkuasa segala-galanya Terima seadanya Katakanlah, " Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Maha Pengampun, Maha Penyayang. " (Az Zumar 39 : 53) Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia...

bila lagi?

Image
"Awak kat Moscow masak camne ye?senang tak dpt brg?" "Kalau rempah ratus citarasa Malaysia tu takdela sangat, tapi yg lain2 tu ok je rasanya..kenapa ek?" "Awak pandai masak apa ye?" "Takdela pandai..tapi tau sikit2. Kat sana selalunya org masak kari, kurma, paprik, masak merah, masak kicap..yg simple2. Lain macam je bunyinya ni..kenapa?Nak masak untuk bakal mak mertua ke? :b" "Mak mertua? Berkurun lagila jawabnya..huhu..Adala..rahsia!" SMS yang saya terima sehari dua yang lepas daripada sahabat di sekolah dahulu..Alhamdulillah meskipun masing2 sudah mengambil haluan yang berbeza di peringkat universiti, tetapi masih rapat sehingga sekarang. Jauh di mata, tetapi dekat di hati :) Sempat saya mengusik. Apa2 pun, bukan ini yang ingin saya fokuskan..Tetapi pada PERUBAHAN. SUATU PERUBAHAN Saya masih ingat, pertama kali menjejakkan kaki di bumi  Moscow , rata-rata antara kami tidak pernah ada pengalaman memasak sendiri, terutamanya yan...

Dan sekali lagi..

Image
Assalamu'alaikum.. Hampir 2 minggu cuti  summer  bermula, Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menikmati sebuah kehidupan di bumi Allah ini..Hampir 2 minggu juga berkira-kira,  "nak buat blog ke tak ek ?" Setelah mempertimbangkan beberapa perkara, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mencuba sekali lagi, menceburkan diri dalam dunia  blog  ni.. Tapi mungkin kali ini sedikit berbeza.. :) "Bukan tak nak buat..tapi yela..bukannya ada bakat menulis sangat pun..Then nanti mesti jarang gile update..last-last tinggal gitu aje..pastu delete.." "Sebelum tu, what is your main objective untuk memblog? Try to be objective-oriented. When you have the clear picture WHY you are doing something, then only we can talk about the others.. Bakat? It can be developed..takkan lahir-lahir terus nak jadi perfect..And cuba buangkan segala negative thinking that bothers you..Sama gak macam hidup kita. Takkan tiba-tiba je jadi hebat, berpengalaman and whatsoever.. Dah ...