Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka!
Islam agama keluarga sebagaimana Kami telah tegaskan di dalam surah at-Talaq, kerana itu Islam menetapkan tanggungjawab di atas setiap orang Mu’min terhadap keluarganya dan menetapkan kewajipannya terhadap rumahtangganya. Rumahtangga seorang Muslim merupakan inti atau pusat kelompok Muslimin. Ia merupakan satu sel yang membentuk bersama sel-sel yang lain. Satu jisim yang hidup iaitu masyarakat Islam. Rumahtangga seorang Muslim merupakan sebuah kubu dari kubu-kubu ‘aqidah Islam. Kerana itu kubu ini pastilah kukuh dan teguh dari Islam. Setiap orang dari anggota keluarganya harus berdiri mengawal setiap lubang kubu supaya kubu itu tidak mudah diserang musuh. Kewajipan setiap Mu’min ialah mula-mulanya menghalakan dakwah kepada rumahtangganya dan keluarganya. Dia berkewajipan mengamankan kubu itu dari dalam dan berkewajipan menutupkan segala lubang-lubang kubu sebelum dia meninggalkan kubu itu untuk membawa dakwah ke tempat-tempat yang jauh. Tugas itu juga pasti dipikulkan oleh...