Dan sekali lagi..
Assalamu'alaikum..
Hampir 2 minggu cuti summer bermula, Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menikmati sebuah kehidupan di bumi Allah ini..Hampir 2 minggu juga berkira-kira, "nak buat blog ke tak ek?" Setelah mempertimbangkan beberapa perkara, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mencuba sekali lagi, menceburkan diri dalam dunia blog ni..
Tapi mungkin kali ini sedikit berbeza.. :)
"Bukan tak nak buat..tapi yela..bukannya ada bakat menulis sangat pun..Then nanti mesti jarang gile update..last-last tinggal gitu aje..pastu delete.."
"Sebelum tu, what is your main objective untuk memblog? Try to be objective-oriented. When you have the clear picture WHY you are doing something, then only we can talk about the others.. Bakat? It can be developed..takkan lahir-lahir terus nak jadi perfect..And cuba buangkan segala negative thinking that bothers you..Sama gak macam hidup kita. Takkan tiba-tiba je jadi hebat, berpengalaman and whatsoever.. Dah nama pun 'berpengalaman'..Mesti banyak pengalaman yg kita kena tempuh dulu..Kalau hidup sentiasa dipenuhi dengan pemikiran negatif, macammana nak hargai hidup sendiri? Nyawa kita Allah bagi bukan untuk suka-suka..This is LIFE.."
Mungkin kerana itu saya terfikir untuk memilih tema blog ini ; Mencari Erti Kehidupan..
NIAT
Seingat saya, sejak dari zaman kanak-kanak dulu, saya diajar agar memulai sesuatu dengan niat.. Tapi apalah sangat yang difahami waktu itu, terasa beban di kepala untuk menghafal satu demi satu 'lafaz niat' yang diajar..
Mungkin hari-hari yang berlalu mendewasakan saya. Niat itu bukan sekadar untuk dilafazkan..tapi niat itu letaknya di hati. Mungkin kita selalu mengatakan, kita buat ni semua kerana Allah..! Dalam masa yang sama, perlu kita perhatikan, adakah benar itu yang ada di dalam hati kita? Dan kalau ya, adakah niat itu kekal hingga ke penghujungnya? Kerana itu saya suka untuk mengingatkan, termasuk diri saya sendiri, niat itu perlu selalu diperbetulkan..niat itu perlu selalu dipelihara..sebab kadang-kadang tanpa kita sedari, ada perkara-perkara yang hadir tanpa diduga, boleh memesongkan niat kita..Dan kita perlu ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati. Jangan sangka amalan yang zahirnya kelihatan banyak beroleh ganjaran yang banyak, siapa tahu mungkin amalan itu menjadi sia-sia dek kerana niat yang salah.. Dan jangan memperlekehkan suatu amalan yang zahirnya kelihatan kecil, siapa tahu di sisi Allah tidak ternilai harganya..

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih.
[teringat pada seorang sister yang selalu mengingatkan diri untuk sentiasa memperbaharui niat.. jazakallahu khairan~ :) ]
NASIHATIKU
Saya hanya manusia biasa yang takkan pernah lari daripada membuat kesilapan. Diharapkan jika ada sebarang kesalahan, saya amat menghargai andai ada yang sudi menegur.. :)
Maaf juga mungkin terlalu simple..akan diusahakan untuk diupgrade dari semasa ke semasa..
" Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang Mukmin" (Az-Zariyat 51:55)

Comments
Post a Comment