bila lagi?

"Awak kat Moscow masak camne ye?senang tak dpt brg?"

"Kalau rempah ratus citarasa Malaysia tu takdela sangat, tapi yg lain2 tu ok je rasanya..kenapa ek?"


"Awak pandai masak apa ye?"

"Takdela pandai..tapi tau sikit2. Kat sana selalunya org masak kari, kurma, paprik, masak merah, masak kicap..yg simple2. Lain macam je bunyinya ni..kenapa?Nak masak untuk bakal mak mertua ke? :b"

"Mak mertua? Berkurun lagila jawabnya..huhu..Adala..rahsia!"


SMS yang saya terima sehari dua yang lepas daripada sahabat di sekolah dahulu..Alhamdulillah meskipun masing2 sudah mengambil haluan yang berbeza di peringkat universiti, tetapi masih rapat sehingga sekarang. Jauh di mata, tetapi dekat di hati :) Sempat saya mengusik. Apa2 pun, bukan ini yang ingin saya fokuskan..Tetapi pada PERUBAHAN.


SUATU PERUBAHAN
Saya masih ingat, pertama kali menjejakkan kaki di bumi Moscow, rata-rata antara kami tidak pernah ada pengalaman memasak sendiri, terutamanya yang berada di sekolah berasrama penuh sedari Tingkatan Satu. Suasana dan keadaan yang memaksa kami untuk mula belajar berdikari. Ya, segalanya memerlukan suatu permulaan. Suatu permulaan biasanya akan terasa sukar, dan mungkin susah hendak dikira berapa banyak kesilapan yang dilakukan. Tak cukup masak..masin..manis..terlalu pedas.. Macam2..Di awal2 dulu, masak beramai-ramai kerana tidak cukup yakin untuk melakukannya seorang diri ^-^ Tapi di situ ada pengajaran yang tersembunyi..

Tatkala wujud di dalam diri perasaan untuk melakukan suatu perubahan ke arah yang lebih baik, ia merupakan suatu nikmat yang perlu kita syukuri. Tidak semua orang mendapat kesedaran itu. Tetapi silapnya, ramai antara kita belum bersedia untuk berubah. Kenapa? Kerana kita sedar, perubahan itu akan mengubah cara hidup kita. Perubahan itu memerlukan kita untuk berkorban.

Perubahan memerlukan suatu permulaan. Di awal2 perubahan kita, tidak akan mudah. Mungkin ada kesilapan yang kita akan lakukan. Tapi daripada itu, kita belajar..


KESILAPAN

Analogi mudah.

" Hisyh..entah apa2 lah dia tu.. Konon2 nak jaga kesihatan la tu..dah elok2 jogging, pastu makan roti canai lak.."

" Erm..Awak tengah buat apa ye?"

" Makan roti canai"

" Awak ada jogging tak?"

"Er..takde..belum lagi"

" Antara awak dengan dia..who's better then? ^-^"



Suatu fenomena yang biasa. Apabila ada seseorang yang hendak melakukan sesuatu perubahan, ada sahaja suara2 yang cuba mematahkan semangat individu tersebut. Bukan sahaja tidak membantu, malah memburukkan lagi keadaan. Tidak hairanlah kenapa ramai yang memilih untuk kembali kepada cara hidup yang asal. Senang. Tidak ada orang yang hendak mengata.
Teringat semasa menghadiri satu talk oleh Brother Shah Kirit.. Ketika itu sedang membincangkan tentang bagaimana menghadapi muallaf (orang yang baru memeluk Islam). Antara point yang ditekankan, kita tidak boleh mengharapkan sesuatu yang drastik daripada mereka. Baru memeluk Islam, kita sudah mengharapkan solatnya sempurna 5 waktu, puasanya cukup sebulan, bertudung labuh.. sedangkan dia baru sehari dua mengenal erti kehidupan sebagai seorang Muslim.. "Berilah mereka apa sahaja yang kita rasakan sesuai dengan mereka..Yang mampu mereka buat..Permudahkan, jangan susahkan.."Sesiapa sahaja yang ingin melakukan perubahan ke arah yang lebih baik, sokong dia, bantu dia.. Biarlah walau sedikit pun perubahannya, siapa tahu bagi dirinya teramat sukar untuk memulakannya.Hanya Allah yang tahu nilai usahanya..:) Dan mungkin di awal perubahan kita, kita tak mampu untuk melakukannya sendiri. Carilah sahabat yang boleh membantu, menguatkan lagi semangat kita untuk melakukan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik..


TAK TERGAPAI

Jangan terlalu mengharap kesempurnaan secara tiba-tiba. Sebagai contoh, mungkin semalam saya adalah seorang yang mudah marah. Mungkin peratusan sikap panas baran saya adalah 90%, tahap kesabaran pula mungkin cuma 5%. Tetapi hari ini saya cuba memperbaiki diri, menjadikan peratusan sikap panas baran saya menurun kepada 88%, tahap kesabaran mungkin meningkat kepada 8%. Ianya suatu perubahan.

Semalam saya 90% bersikap mudah marah, tiba-tiba hari ini saya mengimpikan 100% bersikap sabar.. Hati-hati. Takut2 kita kecewa, berundur dan tidak mahu melangkah ke hadapan lagi.

Inilah dia tarbiyah diri. Tak mungkin berlaku dalam sehari.



JUJUR

Di sinilah memerlukan kejujuran pada diri sendiri. Sekiranya kita tahu kita mampu melakukan perubahan yang jauh lebih baik daripada itu, teruskan. Jangan terlalu memanjakan diri. ^-^


LAYAKKAH?

Sebesar mana pun kesilapan yang pernah kita lakukan, pengampunan Allah itu jauh lebih besar. Serahkan padaNYA. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.



Dari Anas radiyallahu anh' katanya : Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah telah berfirman: Hai Anak Adam! Sesungguhnya engkau, selama engkau berdoa dan berharap kepadaKu, Aku ampuni bagi engkau di atas dosa yang ada pada engkau dan Aku tiada peduli. Hai Anak Adam! Kalau telah sampai sekalian dosa engkau ke awan langit kemudian itu engkau memohon keampunanKu, nescaya Aku ampuni bagi engkau. Hai Anak Adam! Sesungguhnya kalau engkau datang kepadaKu dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi (ini) kemudian itu engkau menemui Aku padahal tiada engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku berikan kepada engkau keampunan dengan sepenuh bumi."

Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan ia berkata : Hadith ini hasan lagi sahih.



BILA LAGI?


Teringat saya pada satu ayat..


" Belum tibakah waktunya bagi orang2 yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang2 yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang2 yang fasik "
(Al-Hadid 57 : 16)


Wallahu'alam..

Ya Allah, aku mohon perlindunganMu daripada mengatakan apa yang tidak aku kerjakan..

Comments

Popular posts from this blog

Lepaskan

3 Julai 2008 : Suatu penantian

TRIBUTE TO THE HEROES