4 November 2008 : Di sini segalanya bermula

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayangNya, masih dipilih oleh Allah untuk berada di bawah lindungan nikmat iman dan islam yang dikurniakanNya..

Baru sahaja selesai menghadiri taman syurga di bumi Allah, yang dinaungi para malaikatNya..berkumpul bersama teman2 seperjuangan di Moscow, sama-sama merenungi kembali hakikat kejadian diri sendiri.. "Miracle of the Human Creation..Searching for Mardhatillah".. Tidak dapat dinafikan, apa yang disampaikan, terkesan di hati saya sendiri.. Mengenali siapa manusia, mengapa manusia diciptakan..

Terlalu banyak rasanya pengajaran yang didapati daripada talk yang santai itu.. Tetapi ingin saya kongsi bersama antara isi yang paling menyentuh hati sekaligus menimbulkan kesedaran dalam diri saya.. Di mana manusia ini dikatakan mempunyai dua unsur yang utama ; tanah dan roh. Tanah, dapat dikaitkan dengan kedudukannya yang rendah, hina. Roh, dikaitkan pula dengan ketinggian dan kemuliaan. Masakan tidak, Allah sendiri sudah mengatakan bahawa pengetahuan tentang roh itu sendiri hanya berhak dimiliki olehNya. Sebagaimana dinyatakan dalam surah Al Isra' 17 : 85..

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah, roh itu termasuk urusan Tuhanku, sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit.."
Dua unsur yang sangat bertentangan tabiatnya, wujud dalam diri kita..

Apabila kita menumpukan segala hidup kita hanya untuk jasad kita yang berasal daripada tanah, mengagungkannya, hanya memberi makanan kepada jasad semata2, percayalah, kita menyebabkan nilai diri kita semakin rendah...

Hanya dengan roh, manusia ini dimuliakan.. Hanya dengan roh inilah, manusia itu istimewa..



Roh kita juga memerlukan bekalan makanan..tetapi tidak ramai antara kita yang menyedarinya.. Fikir-fikirkan..

Dan, terlintas juga di fikiran saya, bahawa dengan kekuatan roh inilah yang dapat terus menerus menggerakkan kita untuk menempuhi satu persatu ujian yang dihadiahkan oleh Allah kepada kita..

Adakalanya kita diuji dengan kegagalan atau kejayaan.. Tetapi kita harus sedar, kegagalan mendidik kesabaran, kejayaan mendidik kita erti kesyukuran..

Adakalanya kita diuji dengan hati dan perasaan.. Tetapi kita harus sedar, pemilik hati kita ialah Tuhan Yang Menciptakan..

Allah tak zalim..Allah tak bebankan kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita..

Dan ini juga mengingatkan saya bahawa kita, manusia ini diberi kebebasan untuk memilih, sama ada untuk menjadi makhluk yang dimuliakan atau direndahkanNya..

Di sini segalanya bermula..

Comments

Popular posts from this blog

Lepaskan

3 Julai 2008 : Suatu penantian

TRIBUTE TO THE HEROES