TRIBUTE TO THE HEROES

Wan Mohamed bin Wan Abu Samah
11 February 1957 – 29 April 1998

Wan Mohd Khairi bin Wan Mohamed
1 July 1983 – 30 November 2012
…………

“Ummi, ni siapa?”, Aisyah showed the picture which I’d posted few days ago, specifically referring to the man besides me.
“Ni lah Pak Long Aisyah.” Muka Aisyah berkerut.

“Aisyah kan ada Abah. Kak Alia pun ada abah. Ni la abah kak Alia. Tapi kak Alia tak panggil Abah, kak Alia panggil Papa.”

“Dia kat mana? Tak jumpa pun”. Umur 4 tahun, memang umur yang banyak bertanya. Terdiam kejap, fikir camane nak jawab.

“Memang Aisyah tak pernah jumpa. Pak Long dah meninggal dunia, masa tu Aisyah dalam perut ummi lagi.” Aisyah hanya mengangguk, faham barangkali.

Aliff sengih-sengih je.Dia macam, whateverlah ummi haha.

Pernah bedtime story dengan anak-anak, cerita kisah Rasulullah, tak tau kenapa part yang Aisyah paling ingat, part ayah dan ibu nabi SAW meninggal dunia.

Ummi duk menyelit juga, cakap kat dia, kalau satu hari ummi abah meninggal dunia, Aisyah kena kuat.

Dia marah. Assuming, she understands what ‘meninggal dunia’ really is

.............
Selalu rindu juga, tapi kali ni terasa sangat. Mungkin sebab di usia sekarang, nearly 29tahun 5bulan, umur di mana Along pergi dulu. Yelah, bila2 masa tiba turn akak pulak kan.

Masa Abah pergi dulu umur 41 tahun, rasa, mudanyaaaa Abah pergi. Awalnya. Bak kata Maher Zain tu, So Soon.

Rupa-rupanya Along lagi awal.

Kata orang, kita mungkin boleh lupa apa yang kita tengok, kita dengar.

Tapi mustahil untuk kita lupakan apa yang kita rasa.

…………...
Jujurnya tak banyak yang dapat ingat kenangan dengan Abah. Tapi saat-saat akhir sebelum, semasa Abah pergi, jelas di ingatan. Darjah 4 masa tu.

Hari tu hari sekolah. Pergi sekolah macam biasa. Bila balik, dapat tahu daripada jiran, Abah masuk hospital. Malam tu, Mak bawa kami adik beradik melawat Abah di hospital. Tak pasti Abah dalam wad ICU ke apa masa tu..bukannya faham lagi huhu. Yang pasti, bawah 12 tahun tak boleh masuk.

Along memang kaki sakat, dia kata padan muka tak boleh masuk. Geramnya dengan Along masa tu Allah je tau! Rasa nak nangis je. Tak tau kenapa, naaaakkk saaanngggaatt jumpa Abah.

Tapi entah macammana dapat juga masuk. Luluh hati tengok tubuh Abah penuh dengan wayar. Tak tau wayar apa. ECG kot.tak ingat dah. Tak ingat juga apa yang disembangkan Abah sepanjang kami melawat tu, tapi last sekali, Abah bagi salam. Salam yang terakhir.

Balik rumah, tidur. Walaupun tahu ada ujian esoknya, tak terasa nak baca buku . Terus tidur.

Tiba-tiba ada orang kejut. Bukan Mak, tapi jiran. Dah tak nampak kelibat Mak dalam bilik tidur tu. Kami adik beradik dibawa masuk ke dalam kereta. Terpinga-pinga dibuatnya.

Jalan raya time tu gelap, sunyi. Tak tau pukul berapa. Yang ingat, Angah was crying. Dalam hati, dah kenapa pulak ni. Rasa tak sedap hati. Terlintas masa tu, Abah dah takde ke? Tak mungkin, tak mungkin! Cepat-cepat pujuk hati sendiri.

Tapi hakikatnya, memang Abah dah tak ada.
Berita itu tahu, masa di dalam kereta.
Hanya mampu mengalirkan airmata.

And honestly, akak tak tau apa perasaan Along. Di usia 15 tahun, menggantikan tempat Abah sebagai the man of the family.

By the way, pernah tulis kisah ni masa kat MRSM dulu.masuk majalah sekolah . Akak kan suka menulis. Suka je la. Sedap tak sedap belakang cerita. haha

……………
Banyak kenangan dengan Along yang masih akak terbayang-bayang.

Nak sebut semua memang tak habis-habis la kan huhu.

Yang pasti, out of 3 orang adik perempuan Along, rasanya akak paling banyak gaduh dengan Along. Along sendiri tahu how stubborn I was (eh, ke I am?huhu).

Ingat lagi, lepas gaduh, pernah doa sungguh2 dekat Allah, ya Allah, lembutkan hati Along utk memaafkan segala kesalahanku, dan lembutkan hatiku utk memaafkan segala kesalahan Along.

Tapi entah, dah lupakan semua. Tinggal kenangan yang manis-manis saja.

Along ingat tak, kita pernah record lagu sama2 dengan le cousins. Sedih akak tak dapat nyanyi solo sebab suara tak sedap hahaha

Along ingat tak, Along cabar akak minum air campur kicap, akak minum. Pantang dicabar hehe

Along ingat tak, kita pergi lowyat sama2 nak cari apa tah. Tiba2 ada orang pandang kita then cakap, “wah muka sama la. Sesuai sangat.Sweetnya!” And we were like, huk aloh. Terus kita ketawa sama2. . Ingat jodoh je ke muka sama? Adik beradik lagi sama okayyy

Along ingat tak, ada sekali tu akak ikut pergi tempat kerja Along. Pun ada orang ingat kita ni couple ke apa. Omg dah kenapa diorang ni?

Along ingat tak, bila Along imamkan solat, Along akan baca ayat-ayat last surah Furqan. Tentang ibadurrahman.

Along ingat tak, Along yang jaga mak waktu mak dalam hospital. Along yang bersungguh2 nak belikan mak smart phone. Allah je tau betapa besarnya sayang Along pada mak.

Begitu juga besarnya cinta Along pada Kak Amal & Wan Nur Alia

Belum cerita bab betapa sayang dan obsesnya Along pada Mujahid @ Rhifkatz

Dan tentunya akak paling tak boleh lupa,
Bila Allah takdirkan Along menjadi wali pernikahan akak.
Tak pernah menyangka bahawa itulah kali pertama dan terakhir.
Tiba waktu adik nikah, Along dah tak ada lagi kat dunia ni.

………………….
Seminggu sebelum Along pergi, akak dan Ariff baru habis kursus apa ek nama dia? Yang kursus sebelum masuk kerja hehe. Kursus tu dekat Melaka.

On the way back, Along call, ajak dinner dekat Saba Restaurant. Beriya Along bagi location, sebab mesti Along tahu akak jenis tak hafal jalan haha.

Dah sampai restoran tu, sementara tunggu makanan, dekat TV ada video clip lagu Pergi Tak Kembali. Khusyuk kita tengok.

Dah habis makan semua, kita balik rumah. Akak dan Ariff memang dah kepenatan (baru kursus.belum kerja lagi haha), tertidur. Tapi akak dengar Along panggil2 akak, cepat2 akak bangun,turun tangga. Rupanya Along nak balik rumah Along. Ok, akak pun salam tangan Along. Juga salam yang terakhir.

Itulah kali terakhir kita jumpa kan. Bila akak start kerja di HKL, Along ada text tanya camne kerja etc.

Sampailah hari jumaat tu, akak masih tagging di department Paediatric, wad KK6.

Tengah dalam bilik rawatan dengan 2 colleagues lain, tengah belajar cara nak ambil darah pesakit. Tiba-tiba colleague dapat call. Rupanya Ariff call, dia cuba call akak banyak kali tapi tak berangkat. Tengok phone memang banyak missed calls. Tak perasan langsung.

Tak lama lepas tu muncul Ariff dekat wad. Ariff suruh akak keluar daripada bilik rawatan tu, dia nak cakap kejap dengan colleagues. Masa tu dah mula rasa tak sedap hati. Dia keluar je daripada bilik rawatan tu, dia ajak ke kereta cepat2.

Ariff drive, akak duduk sebelah. Macam2 akak fikir waktu tu, terbayang masa arwah Abah meninggal dulu. Teringat juga Mak dekat rumah, tak tau kenapa pagi sebelum pergi kerja hari jumaat tu, muka mak sayu sangat. Terbayang-bayang wajah Mak. Akak tahu, mesti ada orang yang pergi.

Ariff masih diam. Akak tanya, “Siapa yang meninggal? Bukan Mak kan?”, mengharapkan jawapan yang tidak meruntun jiwa.

“Dulu masa abah pun macamni. Siapa meninggal?”, akak tanya lagi.

“Along dah tak ada”, perlahan suara Ariff menjawab.

Hanya Allah yang tahu perasaan akak waktu tu.

Tak pernah sekalipun dalam hidup akak, terfikir bahawa Along akan pergi dulu, seawal ini.

Memang hari tu angah, adik semua balik KL. patutnya menjadi hari yg paling gembira sebab dapat berkumpul kita semua adik beradik.

Tapi siapa sangka, menjadi hari yang paling duka.

Mak kata, Along dah selesai urusan dengan Allah. lepas solat jumaat, sebelum asar. Along tiada hutang denganNya, insyaAllah.

Ramai datang tengok Along, ramai sangat. Semua orang yang sayangkan Along.

Nak tau apa Mak kata?
Mak kata Mak ampunkan semua kesalahan Along, dan Mak doakan tempat Along di syurga. Doa seorang ibu.

…………………
And the rest is history..
Sesungguhnya kematian adalah tazkirah yang terbaik.
Abah, Along,
Kami merindui kalian.
Takkan kami lupa segala yang telah kalian ajarkan kepada kami.
Doa kami, agar kalian bahagia di sisiNya.

……………..
Himpunkan kenangan indah
Simpanlah senda gurauan
Andainya kau kerinduan
Itulah jadi penawar

Nak gak menyelit lirik lagu. Orang kita macam ni la. Lagu semua hafal. Surah an-Naba’ dah bertahun2 duk tersekat kat ayat 1st je kan. Huhu

…………………..
Moral of the story : Hargai setiap insan yang hadir dalam hidup kita. Pasti ada hikmahNya.

Tu je. Tak suruh baca pun yang panjang2 kat atas haha.

-The end-

Yang merindui,
akak.
mood nak masuk bulan Ramadan.

Comments

  1. Rindu juga pada arwah.. sahabat dunia akhirat.. Semoga kau tenang di sana bersama para solihin.. amin.. Kami juga akan menyusul nanti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lepaskan

3 Julai 2008 : Suatu penantian