Lepaskan
Lepaskan meskipun berat
Kerana jiwa manusia tidak mampu
menanggung yang samar samar
Hitam jelas hitamnya
Putih jelas putihnya
Biar jiwa terlatih
Dengan hal hal yang berat
Yang tidak disukai oleh nafsu
Serta musuh yang nyata
Selagi tidak kaulepaskan
Kau takkan ke mana mana
Tetap di takuk lama
Lepaskan
Lalu pejamkan mata
Pujuk dan belailah jiwa
Sungguh, kau ada Dia
Bukan munafik namanya
Selama kau masih berusaha
Kerana jiwa manusia tidak mampu
menanggung yang samar samar
Hitam jelas hitamnya
Putih jelas putihnya
Biar jiwa terlatih
Dengan hal hal yang berat
Yang tidak disukai oleh nafsu
Serta musuh yang nyata
Selagi tidak kaulepaskan
Kau takkan ke mana mana
Tetap di takuk lama
Lepaskan
Lalu pejamkan mata
Pujuk dan belailah jiwa
Sungguh, kau ada Dia
Bukan munafik namanya
Selama kau masih berusaha
Comments
Post a Comment