jangan

Allah menguji
di titik kelemahan kita
diuji lagi dan lagi dan lagi
ya, pada titik kelemahan yang sama

hingga akhirnya kita mengatasinya
dengan izin dan rahmatNya

dan setelah itu,
diberi ujian dalam bentuk yang baru
tanpa henti. tanpa rehat.
sampai bila?
sampai mati.

semoga kita sentiasa dalam jagaan Allah.
semoga ketika bertemu Dia, kita dalam keadaan yang terbaik,
sebatas kemampuan kita.

justeru,
jangan sesekali berputus asa
dalam bertaubat dan membaiki diri.

mohon sungguh sungguh pada Dia.
jangan biar kita putus asa.

Comments

Popular posts from this blog

Lepaskan

3 Julai 2008 : Suatu penantian

TRIBUTE TO THE HEROES